Kumpulan Puisi Rindu Untuk Kekasih

kumpulan puisi rindu untuk kekasih - rindu adalah perasaan dimana kita sangat ingin bertemu dengan seseorang yang kita sayangi dan cintai. Setiap manusia pasti memiliki perasaan rindu, semisal rindu dengan orang tua, rindu dengan kekasih, atau rindu dengan sahabat. Namun dalam kenyataannya, rindu atau kangen selalu dikaitkan pada rindu untuk kekasih.


Puisi rindu merupakan hasil karya seni yang secara sengaja atau tidak sengaja diciptakan oleh seseorang yang sedang rindu untuk kekasihnya. mungkin mereka tidak mengetahui cara apa lagi yang dapat dilakukan untuk mengobati perasaan rindu terhadap kekasihnya tersebut sehingga terciptalah puisi rindu untuk kekasih tersebut.


Kumpulan puisi rindu sendiri umumnya selalu tersusun dengan kata kata cinta dan bahkan tersusun dengan kata kata sedih. Berikut adalah kumpulan puisi rindu untuk kekasih yang admin rangkum dari berbagai sumber di internet. 


KUMPULAN PUISI RINDU



Puas sudah ku menunggu..
Puas ku cari bayang itu..
Tapi hilang entah kemana..
Baru semalam aku berbual denganmu..
Dan hari ini kau pergi tanpa pesan untukku..

Tabahkan hatimu itu..
Kuatkanlah semangatmu..
Teguhkan imanmu itu..
Bersyukurlah kerana kau punya ramai teman yg menyayangi dirimu..

Dan aku..
Kenapa kau tinggalkan??

Kembalilah..
Aku sentiasa berdiri di belakangmu..
Sentiasa ada memayungimu..
Sentiasa ada untuk waktu suka duka denganmu..
Marahku padamu tak pernah lama..

Kerna aku tak suka untuk berdendam..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

pagi yang indah,
sang suria mula menyinari,
namun mengapa hatiku ini,
ku rasakan sesuatu,
satu perasaan yg ku rasa tulus,

ya..aku mengerti apakah perasaan itu,
perasaan rindu yg amat dalam padanya,
perasaan kasih yg begitu kuat padanya,
perasaan cinta yg suci padanya,

kerana ...dia lah di hatiku,
kerana..dia lah kekasihku,
kerana..dia lah ku sayangi,
mengerti lah wahai kasih,
hanya dirimu yang bertakhta di hatiku..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

pagi ini,
hatiku terlalu memikirkanmu,
sayu mengenangkan dikau di sana,
hanya kenangan kita menjadi ubat rinduku,

kita sibuk dengan tugasan,
menahan rasa yang terbuku,
hanya itu yang mampu kita lakukan,
sabar hadapi keadaan ini,

sebab kita punya tanggungjawab tersendiri,
jujur kukatakan,
kasihku ini ikhlas buatmu,
tiada sedikit keraguan,

sebab segalanya penuh keikhlasan,
moga ia diberkati tuhan....

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ibarat turun nya air hujan memandikan bumi,
Begitulah kini yang kurasakan dan kualami,
Berderai tangisan air mata ke pipi tak berhenti,
Hanya kerana menanggung sebuah kata rindu dihati..

Kepada siapa hendak kuluahkan,
Kemana hati harus ku hiburkan,
Jika semua yang ada hanya rindu pada bayangan,
Aku kesepian,aku kesunyian,tanpamu kasih pujaan..

Aku rindu pujuk dan rayu,
Aku rindu sapaan sayang darimu,
Aku rindu belaian manjamu,
Aku rindu semuanya tentang kamu.



Demikianlah sedikit kumpulan puisi rindu untuk kekasih yang dapat saya bagikan pada kesempatan kali ini. Semoga puisi rindu ini dapat mengobat rasa rindu atau bisa dijadikan contoh dalam pembuatan puisi rindu untuk kekasih supaya bisa mengungkapkan perasaan rindu dengan sangat romantis. Semoga bermanfaat.
Load disqus comments

0 comments